Cetak

Objektif Kualiti

OBJEKTIF KUALITI

 

Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik

  1. Mensasarkan peningkatan pengambilan pelajar baru sebanyak 15% bagi setiap tahun (termasuk pelajar antarabangsa).
  2. Setiap maklumbalas pelanggan yang diterima dimajukan ke jabatan berkaitan dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja. (letakkan min rate and target rate) Mesti ada SMART kriteria.
  3. Memantau peningkatan prestasi jabatan/ fakulti setiap tahun agar Pelan Strategik universiti dapat dicapai.

 

Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am

  1. Memastikan staf menghadiri latihan peningkatan kompentensi mengikut skop kerja sekurang-kurangnya TIGA (3) hari dalam setahun.
  2. Membangun modal insan universiti yang kompeten sekurang-kurangnya EMPAT (4) daripada skala LIMA (5).
  3. Memastikan maklumbalas terhadap kemudahan/insentif dan kebajikan staf sedia ada sekurang-kurangnya TIGA (3) daripada skala LIMA (5)

 

Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi

  1. Mencapai sekurang-kurangnya EMPAT (4) daripada skala LIMA (5) kepuasan hati pelanggan terhadap pengurusan ICT USAS.

 

Jabatan Kewangan

  1. Mensasarkan prestasi belanjawan mengurus tahunan mencapai tidak kurang daripada 90%.
  2. Mensasarkan kutipan hasil tahunan melebihi 85% daripada hasil yuran pelajar dan lain-lain hasil.
  3. Menyediakan pesanan tempatan dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja setelah permohonan lengkap dan memenuhi syarat diterima oleh jabatan kewangan.
  4. Bayaran diperoses dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja setelah arahan, permohonan dan tuntutan bersama dokumen lengkap diterima oleh Jabatan Kewangan.
  5. Memastikan 100% resit rasmi dikeluarkan pada masa penerimaan tunai atau cek.

 

Jabatan Pembangunan dan Keselamatan

  1. Mensasarkan 100% penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan dan kenderaan di usas dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

 Akademik & Hal Ehwal Pelajar

Jabatan Akademik Kemasukan dan Rekod

  1. Keputusan peperiksaan akhir pelajar dimuat naik dalam Portal Pelajar dalam tempoh LIMA BELAS (15) hari bekerja selepas tamat peperiksaan.
  2. Mengeluarkan keputusan permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh SATU (1) hari bekerja bagi permohonan yang lengkap.
  3. Transkrip untuk tujuan memohon tempat pengajian ijazah pertama atau ijazah kedua dikeluarkan tidak lebih daripada LIMA (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
  4. Jadual peperiksaan akhir semester dipamerkan selewat-lewatnya LIMA BELAS (15) hari bekerja sebelum peperiksaan bermula.
  5. Penilaian pelajar terhadap pensyarah akan diserahkan kepada Dekan Fakulti dalam tempoh TUJUH (7) hari selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

 

Jabatan Perpustakaan

  1. Mensasarkan peningkatan 10% pengunjung perpustakaan setiap tahun.
  2. Mensasarkan sekurang-kurangnya 80% pelanggan yang berkunjung ke perpustakaan berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan.
  3. Mensasarkan peningkatan 10% pertambahan koleksi perpustakaan setiap tahun.

 

Fakulti

  1. Mensasarkan pelajar yang mendapat PNGK kurang daripada 2.0 tidak melebihi daripada 5% bagi setiap semester.
  2. Memastikan sekurang-kurangnya 80% akan dapat bergraduat dalam tempoh minimum pengajian yang telah ditetapkan.
  3. Memastikan setiap pensyarah mendapat purata skor penilaian pensyarah EMPAT (4) daripada skala LIMA (5) bagi setiap semester.
  4. Memastikan 50% pensyarah Gred 45 dan ke atas menyiapkan:Melahirkan 90% pelajar Program Pengajian Asasi Sastera layak menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah       Sarjana Muda.
    • SATU (1) penyelidikan setiap 3 tahun atau
    • SATU (1) penerbitan berwasit setiap 2 tahun atau
    • SATU (1) pembentangan setiap tahun.
  5. Melahirkan 50% pelajar cemerlang akademik (CGPA 3.5) bagi kemasukkan tahun pertama Program Ijazah Sarjana Muda di USAS.

 

Pasca Siswazah

  1. Menerbitkan tidak kurang SEPULUH (10) bahan terbitan ilmiah dalam setahun.

 

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

  1. Mensasarkan tidak kurang daripada 95% bilik-bilik asrama berada dalam keadaan baik dan selamat pada setiap semester pengajian.
  2. Mensasarkan pengurusan dan kandungan keseluruhan program Minggu Penghayatan Mahasiswa mendapat markah purata tidak kurang daripada 80% dalam penilaian program.