Pendidikan |
- Menyediakan infrastruktur secukupnya bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif,
- Kesemua program pengajian diiktiraf oleh jawatankuasa pengiktirafan di Malaysia
- Kesemua program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti telah melalui kajian pasaran (market survey), dan
- Memastikan kurikulum pengajian mengandungi elemen inovatif dan nilai tambah, etika, kesukarelaan dan pembinaan integriti.
|
Penyelidikan |
- Menyediakan kemudahan kepada pensyarah dan pelajar menjalankan penyelidikan bagi tujuan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran serta sumbangan kepada ilmu pengetahuan dan industri;
- Memberi sokongan kepada penyelidik supaya dapatan penyelidikan dapat dibentangkan bagi mendapatkan tajaan; dan
- Memberi kemudahan kepada para penyeilidk untuk membentangkan dapatan penyelidikan di dalam dan luar negara.
|
Kemasyarakatan |
- Memastikan setiap mahasiswa dan staf Universiti sentiasa bersiap siaga memberi khidmat sukarela kepada individu dan masyarakat yang memerlukan bantuan.
|
Pengantarabangsaan |
- Memastikan setiap program pengajian yang dibina telah merujuk kepada konvensyen dan piawaian antarabangsa;
- Menggalakan setiap penyelidik mengambil kira isu tempatan dan antarabangsa bagi maksud penyelidikan mereka;
- Menggalakkan setiap penyelidik berkolaborasi dengan penyelidik lain termasuk rakan penyelidik antarabangsa;
- Memastikan Universiti menyediakan kemudahan yang membolehkan pelajar mendapat pendedahan dan pengalaman antarabangsa;
- Menetapkan sasaran populasi Universiti mempunyai sekurang-kurangnya 10% pelajar antarabangsa ; dan
- Memastikan setiap fakulti mempunyai sekurang-kurangnya 5 kolaborasi dengan universiti luar negara.
|
Perkhidmatan |
- Menyediakan kemudahan teknologi maklumat terkini dalam pentadbiran untuk melicinkan proses kerja yang kondusif dan produktif;
- Menyediakan insentif peluang latihan kepada perkembangan kerjaya kakitangan;
- Menyediakan tenaga kerja akademik yang berkelayakan;
- Mentadbir dan menguruskan kewangan dan aset Universiti dengan efisen dan melaporkan prestasi kewangan tersebut kepada pihak berkuasa seperti yang termaktub dalam peraturan kewangan yang ditetapkan;
- Memastikan akaun Universiti mendapat ulasan bersih dari Jabatan Audit Negara; dan
- Proses kerja pentadbiran mengikut piawaian "International Organization for Standardization" (ISO).
|