Nama Program |
: |
Ijazah Sarjana Muda Industri Pertanian ( Kepujian) |
No Rujukan MQA |
: |
(N/620/6/0021) MQA/PA 12252 |
Tahap |
: |
Ijazah Sarjana Muda/ Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) |
Jenis Program |
: |
Sendiri |
Kaedah Penawaran |
: |
Konvensional |
Kaedah Pengendalian |
: |
Kuliah, Tutorial, Amali dan latihan Industri |
Skim Pengajian |
: |
Sepenuh Masa |
Syarat Kemasukan |
: |
Pelajar Tempatan:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan baik ; DAN
- Lulus dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf; DAN
- Memenuhi Salah Satu Kelulusan berikut:
- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; DAN mendapat sekurang-kurangnya Gred C ( dalam salah satu mata pelajaran) (NGMP 2.00 dalam mata pelajaran bersesuaian; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul; ATAU
- Lulus Matrikulasi /Asasi dari mana-mana institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)/ Institusi dengan mendapat sekurang-kurangya Purata Nilai Gred Kumulati (PNGK) 2.0; ATAU
- Lulus Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan pertanian dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan calon dikehendaki mengemukakan Transkrip Akademik Pengajian; ATAU
- Lulus Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 2.00 bagi transkrip akademik dan 2.67 bagi transkrip vokasional, ATAU
- Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) (tahap 4), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (tahap 5) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3.00. ATAU
- kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara oleh pihak Senat USAS; DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum bergraduat
- Calon-calon DVM dan DKM hendaklah memperoleh Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah sebelum bergraduat.
- Calon dengan kelulusan Maqbul di peringkat STAM, Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) 2.00 sehingga 2.5 di peringkat STPM atau Matrikulasi / Asasi, PNGK 2.0 sehingga 2.5 di peringkat DIPLOMA yang bersesuaian akan diberi KEUTAMAAN jika memiliki kombinasi kursus berikut di peringkat SPM iaitu:
- Memperoleh LULUS bagi mana-mana kombinasi 2 mata pelajaran berikut :
- Bahasa Malaysia
- Matematik
- Sains
- Bahasa Inggeris
Peelajar Antarabangsa
Pelajar Antarabangsa hendaklah memenuhi syarat berikut :
- Memiliki kelulusan yang setara dengan STPM/ STAM yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan NGMP 2.5 atau Jayyid; ATAU
- Lulus Diploma yang bersesuaian dengan program dan yang diktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan sekurang-kurangnya mencapai PNGK 2.5; DAN
- Mengambil dan lulus kursus Bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris. Pengecualian diberi kepada calon yang mempunyai salah satu dari kelulusan berikut:
- Skor TOEFL 450 (PBT), 213 (CBT) atau 80 (IBT)
- Band 5 ke atas untuk IELTS
- C6 ke atas untuk General Certificate of Secondary Education ( O Level), University of Cambridge untuk Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Lulus General Certificate of Education ( A Level), University of Cambridge untuk Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan Diploma yang diperakukan oleh Senat Universiti dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; ATAU
- Lulus Temuduga Khas yang ditetapkan oleh Senat USAS dari semasa ke semasa.
|
Badan yang menganugerahkan |
: |
Universiti Sultan Azlan Shah |
|
|
|
Tarikh Kemaskini : 9 Februari 2020