Untitled-1
Cetak

Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)

Nama Program : Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)
No Rujukan KPT : (MQA/FA4115) (R/343/6/0158)
Tahap : Ijazah
Jenis Kursus / Program : Dalaman 
Syarat Kemasukan :
  • Matrikulasi atau Asasi yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.0 DAN lulus Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara; ATAU

  • Lulus STPM dengan DUA (2) mata pelajaran lulus penuh dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.0 DAN lulus Matematik di peringkat SPM atau setara; ATAU

  • Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid DAN lulus Matematik di peringkat SPM atau setara; ATAU

  • Diploma (Tahap 4, KKM) atau setara dalam bidang Muamalat dan Kewangan Islam atau berkaitan sekurang-kuranyaPNGK 2.5; (Bagi calon dengan PNGK kurang daripada 2.5 tetapi melebihi 2.0 boleh diterima masuk tetapi tertakluk kepada proses penilaian dalaman) ATAU

  • Mana-mana Diploma lain (Tahap 4, KKM) dengan  minimum PNGK 2.5; ATAU

  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia Kerajaan.

 

Catatan:

  • Syarat lulus dalam Matematik di peringkat SPM bagi calon (i), (ii) dan (iii) boleh dikecualikan jika calon mempunyai kelayakan lain yang mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya  setara / lebih tinggi.

  • Pelajar perlu mengikuti mata pelajaran pengukuhan Bahasa Arab di awal pengajian kecuali bagi pelajar yang lulus Bahasa Arab di peringkat SPM / STPM / STAM / Matrikulasi / Kursus Asas / Diploma atau setara / lebih tinggi.

  • Pelajar wajib  lulus mata pelajaran pengukuhan Bahasa Arab tersebut sebagai prasyarat sebelum dibenarkan mengikuti kursus teras berkaitan. Justeru, ketetapan ini tidak menghalang pelajar mengikuti kursus lain sama ada teras atau bukan teras yang tidak mensyaratkan pengukuhan Bahasa Arab tersebut.

  • Kredit bagi mata pelajaran pengukuhan Bahasa Arab adalah merupakan kredit tambahan kepada program dan boleh diambil kira bagi tujuan kredit bergraduat.

Badan yang menganugerahkan : Universiti Sultan Azlan Shah
     

Tarikh Kemaskini : 10 Mac 2021