Untitled-1
Cetak

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)

Nama Program : Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
No Rujukan KPT : JPT/BPP (U) 1000-801/117 JLD.3 (9) (MQA/FA6478) (R/481/6/0694) (MQA) (FA) KMK (19/08/2020-18/08/2027)
Syarat Kemasukan :
  • Lulus program Matrikulasi atau Kursus Asas atau yang setara dengan minimum PNGK 2.00 atau lulus STPM atau yang setara dengan minimum gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana 2 mata pelajaran dan kredit dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM atau setara dengannya;(a) Matematik Tambahan; ATAU (b) Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan

a) Matematik Tambahan; ATAU

b) Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan

Nota :

  • Calon bagi kategori i(b) perlu mengikuti mata pelajaran pengukuhan Matematik dengan topik yang bersesuaian dengan bidang Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian pada awal pengajian.

  • Pelajar wajib lulus mata pelajaran pengukuhan Matematik tersebut sebagai prasyarat sebelum dibenarkan mengikuti kursus teras berkaitan. Walau bagaimanapun, ketetapan ini tidak menghalang pelajar untuk mengikuti kursus lain sama ada teras atau yang bukan teras yang tidak mensyaratkan mata pelajaran pengukuhan Matematik tersebut.

  • Kredit bagi mata pelajaran pengukuhan Matematik adalah merupakan kredit tambahan kepada mata pelajaran teras dan boleh diambil kira bagi tjuan kredit bergraduat.

  • Keperluan mata pelajaran pengukuhan Matematik boleh dikecualikan jika program Matrikulasi atau Kursus Asas atau yang setara dengannya menawarkan mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya adalah setara / lebih daripada keperluan kredit mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM; ATAU

  • Lulus STPM dalam aliran Sains atau yang setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam satu mata pelajaran Matematik dan satu mata pelajaran Sains/ICT; ATAU

  • Diploma dalam Sains Komputer ATAU Kejuruteraan Perisian ATAU Teknologi Maklumat ATAU Sistem Maklumat atau yang setara dengan minimum PNGK 2.5; ATAU

  • Sebarang Diploma dalam sains dan teknologi dengan minimum PNGK 2.5

  • Nota : Calon bagi kategori iii dan iv dengan PNGK bawah 2.5 tetapi lebih daripada 2.00 boleh diterima masuk tertakluk kepada proses penilaian dalaman PPT yang rapi.

 

 


 

Badan yang menganugerahkan : Universiti Sultan Azlan Shah
     

Programme Structure : Download 

Tarikh Kemaskini :10 Mac 2021