Untitled-1

Cetak

Fakulti Pengajian Islam

Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan pada 1 Jun 2012 hasil gabungan Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah Islamiyyah dan Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Penggabungan ini adalah bagi memperkasakan aspek pengurusan dalam menghadapi perubahan semasa selaras dengan transformasi Kolej Islam Darul Ridzuan kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Kini, KUISAS telah dinaiktaraf menjadi Universiti Sultan Azlan Shah.

Fakulti Pengajian Islam bertanggungjawab dalam aspek menawarkan program akademik dan kursus matapelajaran seperti yang ditetapkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah. Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisien dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Fakulti Pengajian Islam dibahagikan kepada empat jabatan dan satu unit iaitu:

  1. Jabatan Usuluddin
  2. Jabatan Syariah
  3. Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab
  4. Jabatan Sains Kemanusiaan
  5. Unit Pentadbiran

Pada tahun 2014, Fakulti Pengajian Islam melalui jabatan-jabatan di bawahnya telah berjaya menawarkan dua program Ijazah Sarjana Muda dan lapan program diploma yang telah memperolehi akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Fakulti Pengajian Islam telah menawarkan 20 kursus terdiri daripada program Diploma sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Islam juga menjadi pilihan pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian

Pra Siswazah

  1. Diploma Usuluddin
  2. Diploma Syariah Islamiyyah
  3. Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan
  4. Diploma Pengajian Islam
  5. Diploma Kaunseling Islami
  6. Diploma Komunikasi Islam
  7. Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat
  8. Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan
  9. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadis)
  10. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
  11. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)
  12. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Kepujian)
  13. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

Pasca Siswazah

  1. Sarjana Syariah
  2. Sarjana Usuluddin
  3. Sarjana Psikologi
  4. Doktor Falsafah Syariah
  5. Doktor Falsafah Usuluddin
  6. Doktor Falsafah Psikologi
  7. Diploma Amalan Kehakiman Dan Guaman Syarie