Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran Am
Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am merupakan jabatan yang menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan dan perkhidmatan staf di bawah seliaan Timbalan Rektor Pentadbiran dan Kewangan, USAS . Bagi mencapai amalan tadbir urus yang baik, Jabatan Sumber Manusia dan pentadbiran am dibahagikan kepada beberapa unit untuk memastikan pengurusan dan perkhidmatanstafyang efektif dan efisien seperti berikut :
- Unit Perjawatan & Pengambilan
- Unit Disiplin & Tatatertib
- Unit Gaji dan Elaun
- Unit Pengurusan Sistem & Teknologi
- Unit Perkhidmatan dan Cuti
- Unit Pentadbiran dan Kebajikan
- Unit Pegawai Dagang
- Unit Latihan dan Kompetensi
OBJEKTIF
Menjadikan Jabatan Sumber Manusia sebagai Jabatan Yang Berupaya Memberi Perkhidmatan Yang Cemerlang Melalui Perlaksanaan Dan Pengurusan Sumber Manusia Yang Mematuhi Dasar Dan Polisi Perkhidmatan USAS .
Visi
Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Yang Berteraskan Profesionalisme, Integriti dan Sistematik.
MISI
- Memberi penekanan kepada pembangunan dan pengurusan sumber manusia bagi melahirkan kakitangan yang berkualiti.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti pengurusan dan pentadbiran Kolej Universiti dengan cekap dan berkesan.