打印

Ijazah Sarjana Muda Industri Pertanian ( Kepujian)

Nama Program : Ijazah Sarjana Muda Industri Pertanian ( Kepujian)
No Rujukan MQA : (N/620/6/0021) MQA/PA 12252
Tahap : Ijazah Sarjana Muda/ Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Jenis Program : Sendiri
Kaedah Penawaran : Konvensional
Kaedah Pengendalian : Kuliah, Tutorial, Amali dan latihan Industri
Skim Pengajian : Sepenuh Masa
Syarat Kemasukan :

Pelajar Tempatan:

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan baik ; DAN
  2. Lulus dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf; DAN
  3. Memenuhi Salah Satu Kelulusan berikut:
    1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; DAN mendapat sekurang-kurangnya Gred C ( dalam salah satu mata pelajaran) (NGMP 2.00 dalam mata pelajaran bersesuaian; ATAU
    2. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul; ATAU
    3. Lulus Matrikulasi /Asasi dari mana-mana institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)/ Institusi dengan mendapat sekurang-kurangya Purata Nilai Gred Kumulati (PNGK) 2.0; ATAU
    4. Lulus Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan pertanian dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan calon dikehendaki mengemukakan Transkrip Akademik Pengajian; ATAU
    5. Lulus Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 2.00 bagi transkrip akademik dan 2.67 bagi transkrip vokasional, ATAU
    6. Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) (tahap 4), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (tahap 5) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3.00. ATAU
    7. kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara oleh pihak Senat USAS; DAN
    8. Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum bergraduat
    9. Calon-calon DVM dan DKM hendaklah memperoleh Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah sebelum bergraduat.
  4. Calon dengan kelulusan Maqbul di peringkat STAM, Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) 2.00 sehingga 2.5 di peringkat STPM atau Matrikulasi / Asasi, PNGK 2.0 sehingga 2.5 di peringkat DIPLOMA yang bersesuaian akan diberi KEUTAMAAN jika memiliki kombinasi kursus berikut di peringkat SPM iaitu:
    1. Memperoleh LULUS bagi mana-mana kombinasi 2 mata pelajaran berikut :
      1. Bahasa Malaysia
      2. Matematik
      3. Sains
      4. Bahasa Inggeris

Peelajar Antarabangsa

Pelajar Antarabangsa hendaklah memenuhi syarat berikut :

  1. Memiliki kelulusan yang setara dengan STPM/ STAM yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan NGMP 2.5 atau Jayyid; ATAU 
  2. Lulus Diploma yang bersesuaian dengan program dan yang diktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan sekurang-kurangnya mencapai PNGK 2.5; DAN
  3. Mengambil dan lulus kursus Bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris. Pengecualian diberi kepada calon yang mempunyai salah satu dari kelulusan berikut:
    1. Skor TOEFL 450 (PBT), 213 (CBT) atau 80 (IBT)
    2. Band 5 ke atas untuk IELTS
    3. C6 ke atas untuk General Certificate of Secondary Education ( O Level), University of Cambridge untuk Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
    4. Lulus General Certificate of Education ( A Level), University of Cambridge untuk Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  4. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan Diploma yang diperakukan oleh Senat Universiti dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; ATAU
  5. Lulus Temuduga Khas yang ditetapkan oleh Senat USAS dari semasa ke semasa. 
Badan yang menganugerahkan : Universiti Sultan Azlan Shah
     

 

Tarikh Kemaskini : 9 Februari 2020