Print

Student Affair Section

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (BHEP)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) merupakan salah satu komponen jabatan yang terpenting di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). BHEP diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar dan diketuai oleh seorang Dekan.

BHEP bertanggungjawab menyelia dan menguruskan perkara berkaitan mahasiswa yang meliputi aspek kebajikan, kegiatan pelajar, disiplin dan kesejahteraan diri mahasiswa. Bagi menjayakan moto USAS, menyebarkan rahmat ke seluruh alam, BHEP menjalankan fungsinya dengan matlamat untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai sahsiah terpuji dan mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat melalui bidang kepakaran masing-masing.

FUNGSI UTAMA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab dalam perkara berikut:-

1. Mengawal selia kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.

2. Menyelaras aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan kepada mahasiswa.

3. Menguruskan segala permohonan dan hal-hal berkaitan biasiswa, pinjaman pelajaran dan bantuan zakat yang melibatkan agensi-agensi yang berkaitan.

4. Menyelaraskan aktiviti kelab dan persatuan serta kegiatan mahasiswa di dalam dan di luar kampus.

5. Menawarkan perkhidmatan kaunseling dan pembangunan sahsiah mahasiswa.