Objektif Kualiti
OBJEKTIF KUALITI
Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik
- Mensasarkan peningkatan pengambilan pelajar baru sebanyak 15% bagi setiap tahun (termasuk pelajar antarabangsa).
- Setiap maklumbalas pelanggan yang diterima dimajukan ke jabatan berkaitan dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja. (letakkan min rate and target rate) Mesti ada SMART kriteria.
- Memantau peningkatan prestasi jabatan/ fakulti setiap tahun agar Pelan Strategik universiti dapat dicapai.
Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
- Memastikan staf menghadiri latihan peningkatan kompentensi mengikut skop kerja sekurang-kurangnya TIGA (3) hari dalam setahun.
- Membangun modal insan universiti yang kompeten sekurang-kurangnya EMPAT (4) daripada skala LIMA (5).
- Memastikan maklumbalas terhadap kemudahan/insentif dan kebajikan staf sedia ada sekurang-kurangnya TIGA (3) daripada skala LIMA (5)
Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi
- Mencapai sekurang-kurangnya EMPAT (4) daripada skala LIMA (5) kepuasan hati pelanggan terhadap pengurusan ICT USAS.
Jabatan Kewangan
- Mensasarkan prestasi belanjawan mengurus tahunan mencapai tidak kurang daripada 90%.
- Mensasarkan kutipan hasil tahunan melebihi 85% daripada hasil yuran pelajar dan lain-lain hasil.
- Menyediakan pesanan tempatan dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja setelah permohonan lengkap dan memenuhi syarat diterima oleh jabatan kewangan.
- Bayaran diperoses dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja setelah arahan, permohonan dan tuntutan bersama dokumen lengkap diterima oleh Jabatan Kewangan.
- Memastikan 100% resit rasmi dikeluarkan pada masa penerimaan tunai atau cek.
Jabatan Pembangunan dan Keselamatan
- Mensasarkan 100% penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan dan kenderaan di usas dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Akademik & Hal Ehwal Pelajar
Jabatan Akademik Kemasukan dan Rekod
- Keputusan peperiksaan akhir pelajar dimuat naik dalam Portal Pelajar dalam tempoh LIMA BELAS (15) hari bekerja selepas tamat peperiksaan.
- Mengeluarkan keputusan permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh SATU (1) hari bekerja bagi permohonan yang lengkap.
- Transkrip untuk tujuan memohon tempat pengajian ijazah pertama atau ijazah kedua dikeluarkan tidak lebih daripada LIMA (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
- Jadual peperiksaan akhir semester dipamerkan selewat-lewatnya LIMA BELAS (15) hari bekerja sebelum peperiksaan bermula.
- Penilaian pelajar terhadap pensyarah akan diserahkan kepada Dekan Fakulti dalam tempoh TUJUH (7) hari selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.
Jabatan Perpustakaan
- Mensasarkan peningkatan 10% pengunjung perpustakaan setiap tahun.
- Mensasarkan sekurang-kurangnya 80% pelanggan yang berkunjung ke perpustakaan berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan.
- Mensasarkan peningkatan 10% pertambahan koleksi perpustakaan setiap tahun.
Fakulti
- Mensasarkan pelajar yang mendapat PNGK kurang daripada 2.0 tidak melebihi daripada 5% bagi setiap semester.
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% akan dapat bergraduat dalam tempoh minimum pengajian yang telah ditetapkan.
- Memastikan setiap pensyarah mendapat purata skor penilaian pensyarah EMPAT (4) daripada skala LIMA (5) bagi setiap semester.
- Memastikan 50% pensyarah Gred 45 dan ke atas menyiapkan:Melahirkan 90% pelajar Program Pengajian Asasi Sastera layak menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda.
- SATU (1) penyelidikan setiap 3 tahun atau
- SATU (1) penerbitan berwasit setiap 2 tahun atau
- SATU (1) pembentangan setiap tahun.
- Melahirkan 50% pelajar cemerlang akademik (CGPA 3.5) bagi kemasukkan tahun pertama Program Ijazah Sarjana Muda di USAS.
Pasca Siswazah
- Menerbitkan tidak kurang SEPULUH (10) bahan terbitan ilmiah dalam setahun.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
- Mensasarkan tidak kurang daripada 95% bilik-bilik asrama berada dalam keadaan baik dan selamat pada setiap semester pengajian.
- Mensasarkan pengurusan dan kandungan keseluruhan program Minggu Penghayatan Mahasiswa mendapat markah purata tidak kurang daripada 80% dalam penilaian program.