Print

Bachelor of Computer Science

Programme Name : Bachelor of Computer Science
Ref : JPT/BPP(U)1000-801/117JLD.3(9)(N/481/6/0694)(MQA/PA6478)
Entry Requirement :

 

  • Lulus STPM dalam aliran Sains atau setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam satu mata pelajaran Matematik dan satu mata pelajaran Sains/ICT; ATAU
  • Lulus A-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus dalam dua (2) mata pelajaran dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan mendapat Gred C/ kredit dalam mata pelajaran Matematik Tambahan; ATAU

  • Lulus program Matrikulasi atau Kursus Asas atau yang setara dengan minimum PNGK 2.00 atau lulus STPM atau yang setara dengan minimum gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana 2 mata pelajaran dan kredit dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM atau setara dengannya:

a) Matematik Tambahan; atau

b) Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan.

Nota: Calon bagi kategori iii b) perlu mengikuti mata pelajaran pengukuhan Matematik dengan topik bersesuaian dengan bidang Sains Komputer pada awal pengajian. Pelajar wajib lulus mata pelajaran pengukuhan Matematik tersebut sebagai prasyarat sebelum dibenarkan mengikuti kursus teras berkaitan. Walau bagaimanapun, ketetapan ini tidak menghalang pelajar untuk mengikuti kursus lain sama ada teras atau bukan teras yang tidak mensyaratkan mata pelajaran pengukuhan Matematik tersebut. Kredit bagi mata pelajaran pengukuhan Matematik adalah merupakan kredit tambahan kepada mata pelajaran teras dan boleh diambil kira bagi tujuan kredit bergraduat.

Keperluan mata pelajaran pengukuhan Matematik boleh dikecualikan jika program Matrikulasi atau Kursus Asas atau yang setara dengannya menawarkan mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya adalah setara/lebih daripada keperluan kredit mata pelajaran Matematik Tambahan peringkat SPM; ATAU

  • Lulus Diploma dalam Sains Komputer/ Sistem Maklumat/ Teknologi Maklumat/ Kejuruteraan Perisian atau yang setara dengan minimum PNGK 2.5; (Calon yang mendapat PNGK di bawah 2.50 tetapi melebihi 2.00 boleh diterima tertakluk kepada proses penilaian dalaman yang ketat); ATAU

  • Lulus Diploma dalam sains, teknologi dan lain-lain bidang dengan minimum PNGK 2.50; (Calon yang mendapat PNGK di bawah 2.50 tetapi melebihi 2.00 boleh diterima tertakluk kepada proses penilaian dalaman yang ketat); ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

 

 

 Badan yang menganugerahkan : Universiti Sultan Azlan Shah
     

Programme Structure : Download 

Lates Date : 4 August 2020