Print

Faculty of Islamic Studies

Faculty Islamic Studies pada 1 Jun 2012 hasil gabungan Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah Islamiyyah dan Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Penggabungan iniadalah bagi memperkasakan aspek pengurusan dalam menghadapi perubahan semasa selaras dengan transformasi Kolej Islam Darul Ridzuan kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Kini, KUISAS telah dinaiktaraf menjadi Universiti Sultan Azlan Shah.

Fakulti Pengajian Islam bertanggungjawab dalam aspek menawarkan program akademik dan kursus matapelajaran seperti yang ditetapkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah. Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisien dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Fakulti Pengajian Islam dibahagikan kepada 3 buah jabatan dan 1 unit iaitu:

  • Jabatan Usuluddin.
  • Jabatan Syariah Islamiyyah.
  • Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab.
  • Unit Pentadbiran.

Pada tahun 2014, Fakulti Pengajian Islam melalui jabatan-jabatan di bawahnya telah berjaya menawarkan dua program Ijazah Sarjana Muda dan lapan program diploma yang telah memperolehi akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu.

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadis).
  • Diploma Usuluddin.
  • Diploma Syariah Islamiyyah.
  • Diploma Bahasa Dan Kesusasteraan Arab.
  • Diploma Kaunseling Islam.
  • Diploma Komunikasi Islam.
  • Diploma Pengajian Islam.
  • Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat.
  • Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan.