Print

Academic and Curriculum Department

                    Jabatan Akademik Kemasukan & Rekod telah ditubuhkan pada 1 Jun 2012 selaras dengan transformasi KUISAS kepada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Pada asalnya Jabatan Akademik adalah sebahagian daripada Jabatan Akademik dan Rekod. Walaubagaimanapun, Jabatan ini telah di asingkan dari Jabatan Akademik dan Rekod dan digabungkan bersama Jabatan Pembangunan Kurikulum dan mewujudkan Jabatan Akademik dan Kurikulum. Dan pengasingan ini adalah bagi memperkasakan aspek pengurusan dalam menghadapi perubahan semasa.

                        Jabatan Akademik Kemasukan & Rekod bertanggungjawab dalam mengendalikan segala urusan berkaitan pengurusan akademik, penjadualan kelas, urusan berkaitan dengan system akademik yang melibatkan pelajar dan pensyarah, urusan Mesyuarat Majlis Dekan, urusan kerjasama akademik dengan IPT lain, pematuhan syarat-syarat MQA, menyelaras proses program-program pengajian dan jaminan kualiti. Jabatan ini terbahagi kepada dua unit iaitu:-

  •  Unit Pengurusan Akademik
  •  Unit Kurikulum dan Jaminan Kualiti

Dalam menyahut pelan Transformasi USAS, Jabatan Akademik dan Kurikulum bergerak secara rapat dengan jabatan-jabatan yang lain dalam memberikan sokongan terbaik termasuk merangka standard kualiti seperti yang di tuntut oleh pihak-pihak yang berkenaan terutamanya MQA.

 

3.2       MATLAMAT UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

  • Memastikan perkara-perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dari semasa ke semasa.
  • Menjadi Urusetia Majlis Dekan Universiti Sultan Azlan Shah.

 

3.3       MATLAMAT UNIT KURIKULUM DAN JAMINAN KUALITI

  • Memastikan program pengajian akademik dilaksanakan berdasarkan Kerangka   Kelayakan Malaysia.
  • Menyediakan kerangka kurikulum yang berdaya saing dan inovatif untuk  perkembangan  USAS.
  • Memastikan segala pematuhan syarat dan peraturan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutamanya MQA dan KPT dipenuhi dan digunapakai.