Imprimer

Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan

Nama Program : Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan
No Rujukan KPT : JPT/BPP(U)1000-801/117JLD.2(29)(N/221/6/0167)(MQA/PA5003)
Tahap : Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 (Kerangka Kelayakan Malaysia)
Jenis Kursus / Program : Sendiri
Tempoh :  3 Tahun
Kaedah Pengendalian : Kuliah, Tutorial dan Amali
Syarat Kemasukan :

i. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Pengajian Islam; atau

ii. Lulus A-Level atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Pengajian Islam; atau

iii. Lulus Program Matrikulasi/ Program Asasi dalam bidang Pengajian Islam daripada mana-mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat PNGK minimum 2.00; atau

iv. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan keseluruhan gred Maqbul atau setara; atau

v. Lulus Diploma Pengajian Islam (Tahap 4 KKM) atau setara daripada PPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat PNGK 2.00; atau

vi. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Badan yang menganugerahkan : Universiti Sultan Azlan Shah
     

 Programme Structure : Download 

Tarikh Kemaskini : 9 Mei 2017