Imprimer

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat bermula pada tahun 2011 sejajar dengan naiktaraf kolej menjadi universiti. Fakulti ini mempunyai 2 jabatan iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Teknologi Maklumat.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan generasi berilmu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan teknologi. Selain menumpukan kepada penyelesaian masalah, program di bawah fakulti juga menerapkan nilai-nilai Islam di dalam proses pembelajarannya yang memberikan kredit tambahan kepada pelajar.

Keistimewaan Fakulti

Keistimewaan fakulti adalah terletak kepada penggabungan pengurusan dan teknologi yang diterjemahkan di dalam pelbagai sumber dan kepakaran dalam menyediakan graduan untuk memenuhi keperluan modal insan yang mempunyai pelbagai kemahiran.

  • Tenaga pengajar daripada golongan profesional yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan, komputeran dan multimedia.
  • Berorientasikan aplikasi ilmu, memberi latihan dalam perancangan dan bimbingan secara berterusan.
  • Pelajar diberi peluang untuk mendapat latihan secara praktikal dengan membuat latihan di sektor swasta dan awam.