
APRIL 2025 – Majlis Anugerah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bagi tahun 2024 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Kafeteria USAS. Majlis ini menjadi medan untuk menghargai pencapaian dan sumbangan mahasiswa dalam bidang kepimpinan, kesukarelawanan, sukan, kokurikulum serta pengurusan program sepanjang tahun 2024. Tidak dilupakan juga pencapaian terbaik kontinjen SUPTIM yang memenangi Juara keseluruhan kejohanan pada edisi yang lepas.
Majlis disempurnakan dengan kehadiran kepimpinan tertinggi universiti antaranya:
Naib Canselor: PPJ Kehormat (PA) Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan): Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel bin Mydin Meera
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Industri): Prof. Madya Dr. Shamsul Jamili bin Yoeb
Dekan BHEP: Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Ahmad Zaki bin Hasan
Pelbagai anugerah telah disampaikan, antaranya:
Anugerah Khas Penaja: Afx Jersey
Atlet Sukan Terbaik: Muhammad Ali Abhar bin Johar (Johan Grand Final VSL 2024 – Sepak Takraw)
Pasukan Terbaik (Sukan): Pasukan Bola Sepak USAS (Naib Johan Perak Football Varsity Challenge & Johan SUPTIM)
Anugerah Pencapaian Cemerlang: Roselind Nadiera binti Talib (Pidato serantau & Pidato MB Perak)
Pengacara Terbaik: Fikry Syafizal bin Abdul Jalil
Program Terbaik: Kelab TAHA – Jelajah Bakti Siswa Madani
Pengarah Program Terbaik: Nurhidayah Dalilah binti Hamidi (Gelora Seloka)
Kelab Terbaik: Gerakan Pengguna Siswa
Persatuan Terbaik: Persatuan STEM
Anak Negeri Terbaik: Mahasiswa Negeri Kelantan
Ikon Fasilitator: Muhammad Asyraf bin Raihanulazmi
Ikon Sukarelawan: Nur Ezzati binti Roslan
Tokoh Kepimpinan: Aiman Zakwan bin Ariffin
Tokoh Mahasiswa: Muhammad Asyraf bin Raihanulazmi
Majlis ini juga menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada jurulatih sukan, jurulatih kokurikulum serta penasihat persatuan dan kelab yang banyak berjasa dalam membimbing mahasiswa sepanjang tahun.
Majlis diserikan lagi dengan Sambutan Hari Raya dan sesi fotografi bersama semua penerima anugerah, sebagai simbol penghargaan dan semangat kekeluargaan warga USAS.