
APRIL 2025 -Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan hasil peperiksaan SPM 2024. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan bagi calon UBC menunjukan pencapaian sebanyak, iaitu 99.21% peratus lulus pada tahun ini.
Keputusan penuh peperiksaan SPM UBC 2024 adalah seperti berikut (lihat seterusnya Jadual 1) dan laporan lengkap berdasarkan mata pelajaran di LAMPIRAN 1.
Secara Purata:
Kadar lulus kelayakan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat minima 3 kredit (termasuk dalam Bahasa Melayu & Sejarah) adalah sebanyak 92.13% è layak sekurang-kurangnya meneruskan pengajian di peringkat Diploma.
Kadar lulus kelayakan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat minima 5 kredit (termasuk dalam Bahasa Melayu & Sejarah) adalah sebanyak 71.65% è layak melanjutkan studi ke program ASASI dan Matrikulasi.
Prestasi Individu:
Pelajar cemerlang SPM 2024 ialah:
Senarai nama calon
9A
- AHMAD ALIF BIN MOHD SHAWAL
8A
- NOR AIN BINTI FAKHRULLAH
7A
- ATIQAH BINTI ANWARUL MUNAZIL
- HAZIM BIN MOHD AZMI
- IFFAH RASYIDAH BINTI MOHD ZAKIR HUSAIN
- MUHAMMAD AQIL MUHTADI BIN MOHD YUSOF
- NUR ‘IFFAH INSYIRAH BINTI MOHD MULIADI
- NURHAMIZAH BINTI MOHAMAD SHAFAWI
- SUCI ADURAR BINTI RIZAL
6A
- AMIR HAZIQ BIN KAMAROL ZAMAN
- MARWATUL IZZAH BINTI MOHAMAD MERZUKI
- MUHAMMAD FARIS ZUHAYR BIN MOHD FAISAL
- MUHAMMAD FITRI BIN SUMARDI
- NURIN QISTINA BINTI AZUDDIN
- RABIATUL MARIAH SYAFIAH BINTI ZULKIFLI
- SITI NURHANISAH BINTI MOHD NAZRI
- TUAN MUHAMMAD NUR IMAN BIN TUAN MAZRI
5A
- AQILAH BINTI ANWARUL MUNAZIL
- MUHAMMAD AQIL BIN RAHIMY
- MUHAMMAD LUQMAN BIN ABDUL MANAF
- MUHAMMAD UZAER BIN MOHD AZLAN
- SAMIHAH BINTI KHUSNIZAIM
4A
- AINA BALQIS BINTI SELAMAT
- AISYAH BINTI ABD AZIZ
- MUHAMAD LUQMANUL HAKIM BIN MOHAMAD ADHAR
- MUHAMMAD HAIDIL MUKHTAFI BIN MOHD TAJUDDIN
- NUR AFIQAH SOLEHAH BINTI MOHAMAD SANI
- NUR ANISA BALQIS BINTI KUSAIRI
- NUR DANEEN SOFEA IMAN BINTI SAHERAN
- NUUR A’DNIN BINTI FAKHROL RADZI
3A
- ALYA QAISARA BINTI MOHD ARIFF
- MUHAMAD NUR IRFAN BIN SHAWALUDDIN
- MUHAMMAD ADAM NAUFAL BIN ZAKARIA
- MUHAMMAD AIMAN QUSYAIRI BIN EFFENDY
- MUHAMMAD DANIAL BIN AZHARI
- MUHAMMAD JAFNI BIN ABDUL HALIM
- NURUL UMI SUMAIRAH BINTI MOHD AZANAI
Pencapaian lain ialah:
9A – 1 orang
8A – 1 orang
7A – 7 orang
6A – 8 orang
5A- 5 orang
4A – 8 orang
3A – 7 orang
Secara kesimpulannya kadar kelulusan setiap subjek adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu: 100%
Sejarah: 99.2%
Bahasa Inggeris: 97.6%
Matematik: 85.8%
Sains: 99.2%
Pendidikan Agama Islam: 100%
Bahasa Arab: 94.9%
Pendidikan Al-Quran As-Sunnah: 100%
Pendidikan Syariah Islamiyah: 100%
Tasawur Islam: 96.2%
Bagi pihak Universiti Sultan Azlan Shah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar SPM Fast Track UBC yang telah melalui satu fasa pendidikan yang mencabar, dimana mereka ini perlu melalui sesi pembelajaran tingkatan 4 dan 5 dalam tempoh 10-12 bulan. Sesi pembelajaran dengan jadual yang begitu padat dan diikuti kelas tambahan yang dibimbing oleh guru KPM pada hujung minggu benar-benar menguji keupayaan dan kemampuan pelajar yang bertungkus lumus untuk memastikan pelajaran dapat difahami dengan baik.
Pelajar-pelajar ini tidak akan berjaya dengan sendirinya tanpa dibantu atau dibimbing oleh barisan tenaga pengajar yang terdiri daripada guru-guru tuisyen lantikan USAS serta guru-guru kelas tambahan daripada KPM. Sekalung penghargaan dan tahniah untuk mereka semua atas segala usaha dan dedikasi.
Program motivasi dan kecemerlangan pelajar serta teknik menjawab soalan yang dilaksanakan juga amat membantu dalam meningkatkan kefahaman pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada pihak Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Maybank Islamic selaku penaja utama UBC. Terima kasih juga kepada Kepenterian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana memberi kepercayaan kepada USAS sebagai pusta peperiksaan persendirian melalui JPN dan PPD Kuala Kangsar. Tidak dilupakan juga pihak-pihak yang sentiasa bekerjasama dan menyokong program SPM UBC. Dalam hal ini, USAS berterima kasih kepada PERMATA, PERMATAP, IKDAR dan Yayasan Addin yang merupakan rakan-rakan strategik USAS.
Secara keseluruhannya, kami warga USAS amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar SPM UBC 2024. Ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar aliran tahfiz al-Qur’an mampu bersaing dan berusaha mencapai keputusan yang cemerlang walaupun belajar dalam tempoh yang singkat. Pihak USAS juga menawarkan tempat secara langsung kepada semua pelajar tamatan SPM UBC yang layak untuk meneruskan pengajian di peringkat ASASI dan Diploma di USAS agar mereka dapat melanjutkan pendidikan akademik mereka dalam rangka membina kemampuan dan kejayaan kehidupan masa hadapan yang lebih baik, amin In sha Allah.

