Info Program
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi kepada graduan untuk memikul tanggungjawab yang bersesuaian sebelum mengikuti pengajian program ijazah. Pelajar perlu mempunyai kebolehan untuk memahami konsep asal sesuatu bidang.
Program ini dirangka agar pelajar dapat menguasai lebih daripada satu bidang pada satu masa yang sama. Bergantung kepada aliran yang dipilih, pelajar akan didedahkan kepada dua cabang bidang yang berbeza iaitu pengajian Islam dan pengurusan. Hal ini akan menawarkan keseimbangan ilmu pengetahuan kepada para pelajar dan memberi pilihan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dalam mana-mana bidang yang dirasakan sesuai bagi pengajian peringkat ijazah.
Program ini bertujuan menyediakan pelajar yang mempunyai kemahiran untuk pembelajaran sepanjang hayat, membuat penyelidikan dan pembangunan kerjaya, mempunyai kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, mempunyai kemahiran kepimpinan dan antara perorangan, serta sedar akan tanggungjawab sosial, etika dan perundangan dalam dunia sebenar.